Thursday, August 11, 2011

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Perempuan yang kepalanya seperti kepala BABI dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta. rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Tuesday, August 9, 2011

BAJU RAYA OH BAJU RAYA

Assalamualaikum… nk cte skt sal bju raya thn ni..thn ni specel sgt sbb adanye zafryn. Thn ni 2nd time beraya sbg isteri kepada suami tercinta. Dan 1st raya sbg ibu kepada bobam tersayang.. so thn ni agak gemilang la rasanye..hehe.. Antara bnda2 gedik yg sy nk wat adlh baju raya ktorg HARUS sama kaler ok..plan sgt last minit. Sbb nk cari baju si bobam dulu. Bila baju die dah ok, br la cr baju ibu n ayah ni. So, smgt la sabtu lepas (lepas balik dari preview tau) terus la ke PKNS, Shah Alam (sbb dekat je ngn umah).. byk gler baju melayu utk budak2 tecik ni..comel sgt. Sy dah jd confius kejap..dah taktau nk pilih kaler. Ayahnye dah pilih kaler keladi..cntik sgt. Tp aim sy adalah baju kaler terang2 utk bobam.. sbb sy sukeee.hehe.. tp sbb minat n teruja tgk kaler keladi tu, sy pun amik gak la kaler tu. Dah try pakaikan kat bobam.. mmg sweet. Kaler keladi tu agak jarang la jmpe.. tp ble balik umah, asa cm nk gak kaler yg terang2..so terus ckp ngn en hubby..jom gi pkns lg nk tak..hehe..tukar baju..adoiii…sib bek la en hubby jenis sonang cte punyeee..hehe..so die kate weeknd ni kte gi tukar..yahoo….tp still taktau nk kaler pe..either kuning atau merah. Sy suke merahhhhhhh…arrggghhh…hehe…

Thursday, August 4, 2011

Kempen Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan = PPIM vs ASTRO!




Sumber - Mynewshub.my

Berita yang tak keluar mainstream media.

KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.

Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.

” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.

” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.

” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.

Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.

” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.

” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.

Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.

Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.

” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – Oleh SYAHRIL A. KADIR


Hehe...baru je dpt email ni, sy terus mskkn dlm blog..panas lg..hehe..ntah la, sy mmg ada astro kat umah. tp bukan pembayar astro.hehe..tp panas gak la asa ble astro naikkan harga. tp bab tak pyh bayar bil tu taktau la, sbb dah guna kena la byr kan..tp lau asa panass sgt, sy asa buat je la..hihihi..

AURAT..jeng..jeng..jeng...

Assalamualaikum...
Hari ni tbe2 asa nk share some info berkaitan aurat dengan abg @ adik ipar lelaki..benda ni sbnrnye menjadi tnda tnye bg sy dulu.. setelah dpt khidmat nasihat dari pakar dan info terbaek dari internet, so dah clear gler la pasal isu nih. Jawapannye mmg wajib la kte menutup aurat pabila bersama mereka2 ini. Alhamdulillah dlm keluarga sy ada sorng adik yg blh sy rujuk tntang agama. Kat opis pun ada sorng ustaz yg juga blh dijadikan rujukan ble ada kemusykilan. Dan yg plg bes kat opis sy ada internet yg memblhkan sy mengaccess google mencari jawapan bg permasalahan selain melihat facebook.hehe...

Dulu sy mmg tidak bertudung ble bersama cousin atau pakcik atau sedara2 lelaki lain. Kre selambeeee je menonong tanpa pakai tudung.huhu...kurangnya ilmu agamaku..huhu... then bila dah kahwin, terlintas utk tnye adik tntng aurat bersama adik2 ipar. Sbb sy ni mmg ramai adik ipar lelaki. Agak kekok gak sbb dlm keluarga sy ramai yg perempuan. So ble masuk dlm family yg ramai lelaki nih..agak segan skt.hehe...

Adik sy ckp mmg kena ttp aurat, so sy pn cari2 la internet jugak. Ada satu entry blog ni yg sy simpan dr dlu smp skg. Nama blog tu ilmudanulamak.blogspot.com . Sy copy paste kan ye apa kate ustaz dlm blog tu utk tatapan dan renungan bersama ye.. actually blog ni menjawab pada setiap soalan yg diajukan. So sy letakkan juga soalan dr si penanyee ni la ye..


Soalan; Salam ustaz, saya ada sedikit masalah. Saya akan berkahwin. Bakal suami saya adalah anak bongsu kepada 4 beradik lelaki. Saya faham aurat saya dengan bakal abang ipar nanti. Saya harus memakai tudung di dlm rumah dan tidak boleh bersalam dgn mereka. Saya ada berbincang isu ini dengan tunang saya,dalam keluarganya kedua-dua kakak iparnya tidak memakai tudung dan dia juga bersalam dengan mereka sebagai tanda hormat. Dia bimbang sekiranya saya memakai tudung di dalam rumah dan tidak bersalam dengan abangnya, abgnya akan menganggap saya sebagai orang luar dan tidak hormat pada mereka. Apa yang saya harus lakukan? Adakah saya boleh membuka aurat saya dengan menganggap mereka sebagai adik beradik.

Jawapan;

1. Hubungan antara seorang wanita dan abang/adik iparnya hanyalah mahram muaqqat (mahram sementara), bukan mahram muabbad (mahram selamanya), di mana dia dibolehkan berkahwin dengan abang/adik iparnya itu jika ditakdirkan berlaku penceraian dengan suaminya atau suaminya meninggal. Oleh itu, tidak harus ia membuka aurat di hadapan abang/adik iparnya, bersalaman dengannya dan berduaan termasuk keluar bermusafir tanpa orang lain.

2. Pandangan Allah terhadap kita perlu kita utamakan dari pandangan manusia. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Sesiapa berusaha mencapai keredhaan manusia dengan menjadikan Allah murka kepadanya, Allah akan menyerahkannya kepada manusia. Sesiapa menjadikan manusia marah kepadanya dengan kerana ia mencari redha Allah, Allah akan mencukupkannya dari pergantungan kepada manusia” (HR Imam at-Tirmizi dari ‘Aisyah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 8394)

3. Kuatkan diri, berpegang teguh dengan Syariat dan mohon kekuatan dari Allah, insya Allah mereka yang akan ikut saudari nantinya, bukan saudari yang ikut mereka. Banyak cara lain yang diharuskan Syariat untuk saudari mengeratkan hubungan kekeluargaan (dengan keluarga sebelah suami), antaranya sering menziarahi mereka (bersama suami), peramah, suka membantu, tidak lokek wang ringgit dan sebagainya (semua itu akan memadamkan segala kesangsian orang lain terhadap saudari di samping mereka akan menghormati saudari, malah sampai masanya mereka akan mengikuti cara saudari).

Berbincanglah dengan bakal suami tentang hal tersebut dan capai kata sepakat sebelum berkahwin agar tidak ada perbalahan dengan suami apabila telah berkahwin nanti. Bagi seorang isteri, memadai dengan suami memahami pendiriannya pada peringkat awal sebelum orang lain turut memahaminya.

Wallahu a'lam.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL